Tiga komponen kecergasan yang berkait terus dengan otot:
*Daya tahan otot
*Kekuatan otot
*Kuasa otot
Latihan Bebanan
Aktiviti latihan bebanan boleh dilakukan untuk meningkatkan daya tahan otot.Dua kaedah latihan bebanan yang umum ialah:
- Latihan Isotonik
- Latihan Isometrik
Latihan Isotonik melibatkan pemendekan otot atau konsentrik dan pengembalian otot ke tahap asal atau esentrik.Latihan Isometrik pula berlaku penguncupan otot tanpa melibatkan perubahan saiz otot tersebut.Kesan latihan isotonik diperoleh lebih banyak ketika fasa esentrik.Aktiviti latihan bebanan isotonik hendaklah dilakukan dengan bebanan yang sederhana berat dan repetisi yang banyak.
Antara aktiviti latihan bebanan bagi meningkatkan daya tahan otot ialah:
A.Half Squat
B.Bench Press
C.Hamstring curl
D.Back extension
E.Crunches
A.Half Squat
Aktiviti ini memerlukan alat bebanan bebas dan pembantu.Latihan ini baik dan sesuai untuk meningkatkan daya tahan otot anggota bawah badan,khususnya kumpulan otot quadriceps.
*Otot utama yang terlibat ketika aktiviti half squat ialah quadriceps. Quadriceps berfungsi untuk ekstensi kaki ketika melonjak dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh.
Kedudukan otot Quadriceps |
B.Bench Press
Aktiviti ini memerlukan khidmat pembantu sekiranya dilakukan dengan alat bebanan bebas.Beban akan ditolak dan ditimbangkan ke atas sewaktu meluruskan bahagian siku.Latihan ini khusus untuk meningkatkan daya tahan otot pectoralis major dan triceps.
*Otot utama yang terlibat ketika aktiviti bench press ialah pectoralis major dan triceps.Kedua-dua otot ini diperlukan ketika melakukan smesy atau rejaman dalam acara badminton dan merejam lembing.
Kedudukan otot Pectoralis Major |
Kedudukan otot Triceps |
Aktiviti ini boleh dilakukan dengan bantuan rakan atau menggunakan mesin bebanan.Jika menggunakan mesin bebanan ,aktiviti ini tidak memerlukan pembantu.Tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih otot hamstring.
*Otot utama yang terlibat ketika aktiviti hamstring curl ialah hamstring.Peningkatan kekuatan dan daya otot ini membolehkan pelari melakukan ekstensi kaki di bahagian lutut untuk memecut dengan bertenaga dan berulang-ulang.
*Otot utama yang terlibat ketika aktiviti hamstring curl ialah hamstring.Peningkatan kekuatan dan daya otot ini membolehkan pelari melakukan ekstensi kaki di bahagian lutut untuk memecut dengan bertenaga dan berulang-ulang.
Kedudukan otot Hamstring |
D.Back Extension
Aktiviti ini boleh dilakukan bersendirian di atas kerusi Roman tetapi memerlukan pembantu jika dilakukan di atas bangku panjang.Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan otot hamstring(biceps femoris),gluteus,erector spinae dan otot belakang bahagian bawah badan.
*Otot utama yang terlibat ketika aktiviti back extension ialah hamstring dan gluteus.Peningkatan daya tahan otot-otot ini memebantu kita memperoleh postur yang baik sewaktu melakukan aktiviti fizikal dan boleh mengurangkan risiko sakit di bahagian pinggang.
E.Crunches
Kedudukan otot Hamstring dan Gluteus |
E.Crunches
Aktiviti crunches memberi kesan pada otot-otot rectus abdominis jika dilakukan pada setiap hari.Jika ditambah dengan pergerakan menyilang badan,kesannya akan dirasai pada otot external obliques.Aktiviti ini boleh dilakukan tanpa pembantu atau penggunaan alat bebanan.
*Otot utama yang terlibat ketika aktiviti crunches ialah rectus abdominis.Otot-otot rectus abdominis ialah kumpulan otot yang berfungsi sepanjang hari bagi menetapkan dan mengukuhkan kedudukan postur badan.Kekuatan dan daya tahan otot ini dapat membantu kita melaksanakan tugas sepanjang hari dengan berkesan dan berpanjangan.
Terdapat beberapa faedah yang dapat kita peroleh selepas menjalani latihan daya otot,antaranya ialah:
- Otot akan mengalami hipertrofi hasil daripada penambahan saiz fiber otot.
- Peningkatan perawakan diri dan keyakinan individu.
- Berlaku sedikit peningkatan enzim yang berkaitan dengan aktiviti aerobik dalam kitaran Kreb.
- Peningkatan ketumpatan kreatina otot yang menjadi bahan sumber tenaga semerta pembinaan semula ATP otot.
- Peningkatan kekuatan tisu penyambung,tendon dan ligamen.