Sunday, 17 January 2016

Daya Tahan Kardiovaskular


Daya Tahan Kardiovaskular ialah keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.Jantung yang efisien membolehkan individu melakukan aktiviti secara berterusan dalam jangka masa yang lama tanpa rasa penat.Individu yang mempunyai darah beroksigen yang banyak mampu bekerja atau melakukan aktiviti dengan lebih lama.Kita boleh meningkatkan keefisienan sistem ini dengan melakukan aktiviti fizikal.


Sistem kardiovaskular terdiri daripada:
*Jantung 
*Paru-paru
*Rangkaian arteri dan vena


Sistem-sistem tubuh yang terlibat dalam daya tahan kardiovaskular

                                                   
                                                  



                                                           


Aktiviti membina daya tahan kardiovaskular
Pelbagai aktiviti dan kaedah latihan boleh dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular.Antara aktiviti yang disyorkan ialah:

A.Latihan Paarlauf
B.Latihan Piramid
C.Lompat tali(jump rope)


A.Latihan Paarlauf 

Latihan Paarlauf atau 'lari berpasangan' secara asasnya dikendalikan hampir sama dengan lari berganti-ganti.Dalam latihan ini,apabila salah seorang daripada pasangan tersebut berlari,seorang lagi akan berehat secara aktif seperti berjoging.Latihan secara berpasangan ini akan menambahkan kerjasama antara pasangan atau kumpulan ketika melakukan latihan.

B.Latihan Piramid

Latihan Piramid ialah satu larian bersiri yang melibatkan pelbagai jarak atau masa larian.Latihan ini sesuai dilakukan di atas trek untuk memudahkan kita menganggarkan jarak larian.Latihan piramid akan lebih bekesan sekiranya masa rehat diperuntukkan di antara satu jarak larian dengan jarak yang berikutnya.

C.Lompat Tali

Aktiviti Lompat Tali adalah salah satu contoh aktiviti aerobik.Aktiviti ini baik untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular jika dilakukan selama 10 minit dan intensiti latihan 70 peratus hingga 80 peratus daripada Kadar Nadi Maksimum.Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu,berpasangan atau berkumpulan supaya dapat meningkatkan nilai kerjasama dan toleransi sesama rakan.Lakukan lompatan dengan kadar 60 hingga 70 pusingan seminit hingga ke tahap yang termampu dilakukan.


#Otot utama yang terlibat ketika latihan Paarlauf,latihan Piramid dan Lompat Tali:
-Deltoid
-Biceps
-Brachioradialis
-Quadriceps
-Gluteus
-Hamstring
-Gastrocnemius
-Flexor dan extensor tangan
-Triceps

Faedah Latihan
Faedah latihan kecergasan daya tahan kardiovaskular tidak dapat dilihat dengan serata merta.Kesan dan faedahnya diperoleh sekiranya latihan dilakukan dalam satu jangka masa yang panjang dan berterusan mengikut prinsip-prinsip latihan.

  • Berlaku hipertrofi kardiak hasil daripada penebalan dinding dan pembesaran kaviti ventrikel jantung.
  • Penurunan Kadar Nadi Rehat(KNR) selepas menjalani program latihan kardiovaskular yang berpanjangan (8 minggu hingga 12 minggu).Individu yang sihat mempunyai KNR yang rendah dan lebih cergas berbanding individu yang mempunyai KNR yang lebih tinggi.
  • Mempercepat kadar nadi pemulihan.Pemulihan yang berlaku dengan cepat membenarkan individu untuk meneruskan aktiviti selanjutnya.
  • Peningkatan pengeluaran jantung sedenyut (isi padu strok) dan pengeluaran jantung seminit (output kardiak) semasa menjalani latihan.
  • Peningkatan kapilarisasi di otot-otot dan organ-organ.
  • Penurunan terkanan darah sistolik dan diastolik.
  • Peningkatan kolestrol baik atau high density lipoprotein(HDL),penurunan low density lipoprotein(LDL) dan very low density lipoprotein (VLDL).



 




No comments:

Post a Comment