Tuesday, 12 April 2016

Komposisi Badan

Komposisi badan merujuk peratusan lemak badan berbanding otot,tulang dan tisu badan yang lain.Kita memerlukan jumlah lemak yang minimum untuk sistem tubuh berfungsi dengan normal.
-Jumlah lemak minimum bagi lelaki adalah kurang daripada empat peratus
-Jumlah lemak minimum bagi perempuan kurang daripada 12 peratus.

Menganggar peratusan lemak badan
Terdapat dua langkah untuk menganggar peratusan lemak badan,iaitu :
*Pengukuran lipatan kulit
*Pengiraan jumlah ukuran lipatan kulit. 

INDEKS JISIM BADAN
Indeks Jisim Badan atau Body Mass Index (BMI) adalah satu teknik pengukuran menggunakan nisbah berat dan tinggi untuk mengukur komposisi badan.
Formula Pengukuran BMI








Kuasa Otot

Definisi Kuasa 
Kuasa - Kemampuan otot untuk menjana daya yang maksimum dalam tempoh masa yang singkat.

Aktiviti Membina Kuasa Otot
A.Lompat ke Atas Peti Tombol
B.Bounding
C.Tekan Tubi Condong
D.LOmpat Kanggaru

Faedah Latihan

  • Otot tidak mudah cedera dan lambat lesu.
  • Boleh melakukan aktiviti pada intensiti tinggi dan dalam tempoh yang lama.
  • Meningkatkan kebolehan melakukan pelbagai variasi julat pergerakan
  • Pembentukan ciri-ciri fizikal yang seimbang.

Kelajuan

Definisi Kelajuan
Kelajuan - Keupayaan seseorang bergerak dari suatu kedudukan ke kedudukan yang baru dalam masa yang singkat.

Aktiviti yang boleh digunakan untuk menigkatkan kelajuan dalam permainan tertentu :

A.Berlari 30 meter sambil melantun bola.
B.Berlari 30 meter sambil mengawal bola hoki.
C.Lompat Tali(jump rope)

Faedah Latihan
*Cepat bertindak balas semasa beraksi.
*Tahap kemahiran motor meningkat.
*Otot menjadi lebih kuat dan tidak mudah tercedera
*Boleh melakukan aktiviti-aktiviti eksplosif berulang kali.

Kekuatan Otot

Definisi Kekuatan Otot
Kekuatan otot - kemampuan maksimum otot utuk menjana daya bagi mengatasi rintangan.

Aktiviti yang dapat membina kekuatan otot :
*Arm Curl
*Curl Up dengan beban
*Hamstring Curl isometrik

Kaedah Latihan
Program latihan kekuatan otot boleh mencapai dua jenis objektif,iaitu :

1.Sebagai program untuk membina dan meningkatkan tahap kekuatan otot.
2.Sebagai program rehabilitasi

*otot utama yang terlibat dalam  aktiviti yang dapat membina kekuatan otot adalah biceps,abdominis,triceps,hamstring dan quadriceps.

Program latihan kekuatan juga boleh dirancang mengikut kaedah latihan litar.Kaedah ini melibatkan aktiviti berbeza di beberapa stesen.Kaedah latihan litar sesuai untuk membina tahap kekuatan otot secara umum.
*Hamsting curl
*Leg extension
*Shoulder Press
*Bicep Curl
*Curl Up dengan beban
*Leg Press
*Bench Press

Faedah Latihan
*Otot menjadi lebih kuat.
*Tenaga segera dalam bentuk ATP  dapat disimpan dalam kuantiti yang tinggi
*Mudah mengawal kestabilan dinamik semasa hipertensi dan obesiti.
*Boleh kembali aktif dalam tempoh yang singkat selepas mengalami kecederaan.